Okay. Mari kita duduk berbincang mengenai kehidupan setelah kita meningkat dewasa. Umur pun dah makin melonjak naik. Naluri nak kahwin pun dah ada. But that one particular person whom you’re going to share your life with, I haven’t met him, yet. Umur I pun dah layak untuk menjadi isteri orang dah. Hey sebelum jadi isteri mestilah ada ilmu di dada. Takkan nak main kahwin je kan? Dari zaman diploma I dah belajar masak dari arwah nenek and my beloved mother. Biasalah kan, tugas wanita kebanyakannya di dapur. Bak kata pepatah, nak pikat hati suami mestilah dari masakan sendiri. Nahh ambik tu! Takat ni, lauk-lauk melayu boleh la I masak. Tapi bab-bab western ni belum lagi. Mungkin family I ni jarang nak masak western food kan (takpa kedai western masih ada).
Okay back to the topic. What do I want in a man? Seriously, I want Ashton Kutcher + Zac Efron = Suami Noor Ateeqah Mohd Yusop. Hoi berangan nampak. Okay bye.
I want a man who can’t be moved (konon lagu The Script ok tak masal je). I inginkan seorang lelaki yang boleh bahagiakan I. Kalau nak yang kacak macam Zac, siapalah I ni kan. I pun bukannya ada rupa yang boleh dibanggakan. Now everything pun involves money money and more money. Maybe tak salah kalau ada perempuan yang inginkan lelaki kaya sebabnya dunia sekarang pun dah lain. Semua pun perlukan duit. I have to admit that I want a man that can fulfill my needs. Ye la kadang tu nak jugak shopping tapi tengok jugaklah kemampuan masing-masing. Ni kalau diri sendiri pun tak mampu, tapi nak demand lebih. Cannot la like that, not nice one. Tapi I sendiri taknak jadi materialistic sebab nanti diri sendiri la bahaya sebab dah terlampau dihujani dengan kebendaan pun tak elok jugak.
Owh saya seorang yang pembersih dan suka kemas. So I want my future husband also like that. Urghhh tak suka kalau lelaki yang jenis berkecah. Nampak sangat kemalasan pada sikapnya. Ye la bayangkan kalau I ni mengandung, tak larat nak kemas rumah, future husband pulak tak reti kemas, macam mana tu?? Haishh takkan nak tunggu isteri dah habis pantang baru nak kemas rumah. Iya tak? So my future husband mestilah yang pembersih lagi penyayang. Cehwahh : ) Owh dan dia juga harus jugalah rajin membantu I di dapur. Kan romantic kalau husband tolong wife dekat dapur? Awww comel heh. Mungkin juga boleh bermanja-manjaan di dapur (okay ni bukan Desperate Housewife) Cuma bagi I kalau hubby and wifey tolong each other dekat dapur sangatlah sweet. Other than that, future hubby I kalau boleh (ku bilang kalau) mestilah ringan tulang. Kalau dia ringan tulang, I pun ringan tulang juga la!
“I love you sayang” ungkapan dari hubby untuk wifey sebelum tido takpun sebelum pergi ke kerja. Awww sangat meaningful. Kan best kalau future hubby I ni romantic. Tak banyak, sikit pun cukup tapi I tak kesahlah kalau dia nak romantic dengan I sebab I ni manja orangnya. I kalau boleh nak sentiasa manja dengan husband I dan memanjakan dia jugak. Kalau dia romantic, lagi la I ke-cairan ke-sukaan terhadap dia. Boleh la jatuh cinta beribu kali dengan husband I. hehehe okay berangan lebih. Kalau boleh even dah ada anak 4 ke 6 ke, I nak husband I bawak I pergi dating malam-malam. Owh sungguh seronok kalau dapat spent time berdua je dan anak-anak di rumah sedang nyenyak tido. Pergi midnight movie ke or jalan-jalan pastu amik gambar I (I memang gila gambar kalau nak tahu). Alangkah seronoknya bukan? Ala-ala zaman bercinta dulu. Kelasssss! And one more thing, I kalau boleh sampai ke tua pun nak pegang tangan husband I kalau keluar berjalan. Owh how romantic is that kan? Even dah tua pun, tak salah kalau nak jalan pimpin tangan partner kita. Ia mungkin mewujudkan balik cinta masa muda gitu walaupun tangan sebelah pegang tongkat. Haha.
Kalau boleh I mahukan lelaki yang pandai mengawal egonya. Ya lelaki memang famous amous dengan ego mereka. Haihh kalau la perempuan pun tinggi ego macam lelaki, barulah they all rasa kan macam mana payahnya nak handle ego diri masing-masing. Kalau ego je lebih, sampai tak sudah la kan. Owh ya lelaki yang bakal menjadi suamiku itu juga haruslah kelakar dan pandai buat lawak. I memang suka gelak. Kalau penat pastu ada pulak husband yang pandai buat lawak, itu sudah memadai. Dengan mimic muka mahupun membuat mimic hidung atau telinga atau mulut sekalipun, bisa membuat I gelak, wowww itu sangat impressive la! Owh I pulak jenis yang pandai mengurut. So I nak husband I pun reti jugak, tak banyak sikit pun cukup. Takat tolong picit kepala I bila I pening pun dah cukup. I memang akan belajar mengurut sebab I tau lelaki kalau penat, mesti nak rehat. So I dah persiapkan diri I dengan belajar mengurut kepala dan badan. My future husband, call yourself lucky. Hehe!
Antara semuanya dia atas, yang penting the one and only man itu haruslah mempunyai sifat pentingkan keluarga. Keluarga amat penting sebab dari keluarga itulah kita datang. Dan juga, hubby I juga haruslah mempunyai pegangan agama yang kuat. Kerana I admit, I ni memang tak seberapa sangat jadi I perlukan lelaki yang boleh membimbing I ke jalan yang benar. Sebab I akan patuhi apa yang husband I pintakan. InsyaAllah. Bila dah kahwin, husband kita ialah priority kita. Kalau husband I mahu I pakai tudung, maka I akan patuhi pintanya. Tapi I nak yang style sikit la. Macam ala-ala Yuna. Can la? Hehe. Manusia mana ada yang sempurna. Yang sempurna hanyalah Dia. Jadi apa yang mendatang sekalipun, akan I terima. Kalau sudah tertulis si dia (yang ku sendiri tidak tahu) yang menjadi suamiku, maka I terima sahaja segala takdir yang telah Dia tetapkan untukku. Dengan itu, I pun mula berdoa agar jodoh I hanyalah insan biasa dan mempunyai hati yang baik yang boleh menerima I seadanya I dan boleh membimbing I ke jalan yang lebih diredhai-Nya. Amin.
Dan kalau boleh saya mahu berkahwin sebelum umur 30tahun dan kalau boleh mahu satu atau dua anak sebelum saya mencecah umur 30tahun. InsyaAllah. Mari doakan ianya menjadi kenyataan, InsyaAllah.
Mari kita dengar lagu favourite I, Ingrid Michaelson – The Way I Am.
xoxo,eqah ♥